Jika kamu berada di pagi hari, janganlah menunggu petang. Hari inilah yang akan Anda jalani, bukan hari semalam yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan esok hari yang belum tentu datang. Hari yang saat ini mataharinya menyinari Anda, dan siangnya menyap. inilah hari Anda. Umur Anda, mungkin tinggal hari ini.
Maka, anggaplah masa hidup Anda hanya hari ini, atau seakan-akan Anda dllahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga. Dengan begitu, hidup Anda tak akan dibelenggu dengan keresahan, kesedihan dan duka masa lalu dengan bayangan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan. Pada hari ini pula, sebaiknya Anda mencurahkan seluruh perhatian, dan kerja keras. Dan pada hari inilah, Anda harus bertekad. Pada hari dimana Anda hidup sebaiknya Anda membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap saat bermakna seperti ribuan tahun dan setiap detiknya seperti ratusan bulan.
Tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu. Dan, persembahkanlah sesuatu yang paling indah untuk hari itu. Ber-istighfar-lah atas semua dosa, ingatlah selalu kepada- Nya, bersiap-siaplah untuk sebuah perjalanan menuju alam keabadian, dan nikmatilah hari ini dengan segala kesenangan dan kebahagiaan! Terimalah rezeki, isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, rumah, ilmu, dan pejabat Anda hari dengan penuh keredaan.
Jika Anda dapat minum air jernih dan segar hari ini, maka mengapa Anda harus bersedih atas air masin yang Anda minum semalam, atau Risaukan air yang pahit dan hambar yang akan terjadi pada besok hari? Jika Anda percaya pada diri sendiri, dengan semangat dan tekad yang kuat Anda, maka akan dapat menundukkan diri untuk berpegang pada prinsip: “aku hanya akan hidup hari ini.” Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri Anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi, dan mensucikan setiap amalan.
Kegagalan pada masa lalu adalah hanya satu titik permulaan bagi anda untuk lakukan sesuatu yang lebih baik bukannya untuk diratapi. Buangkan rasa sedih yang telah berlalu. Teruskan hidup anda seperti anda tidak lagi berkesempatan untuk menjalaninya pada besok pagi.
Baiklah… setakat ini dulu untuk hari ini, besok aku akan teruskan lagi dengan tajuk ni, banyak lagi yang nak dibincangkan….









