
Pernah dengar Flymas.mobi ? Flymas.mobi adalah servis terbaru yang ditawarkan oleh Malaysian Airlines dimana ia menawarkan pembelian tiket penerbangan atas talian (online) melalui telefon mudahalih anda!Mudah bukan?
Flymas.mobi juga memudahkan anda untuk merancang perjalanan atau percutian di mana-mana sahaja pada bila-bila masa dengan telefon mudah alih anda. Dengan flymas.mobi, anda boleh memilih tempat duduk pilihan anda, menempah tiket penerbangan dan memeriksa maklumat lanjut penerbangan anda seperti status terkini dan jadual penerbangan, memeriksa jumlah tempahan atau menghubungi pejabat terdekat Malaysia Airlines.
Apa yang anda perlu hanyalah sebuah telefon bimbit dengan fungsi GPRS dan WAP. Hanya log masuk ke http://flymas.mobi melalui fungsi Web atau Wap dari telefon mudahalih anda, dan mulakan pencarian tiket penerbangan dan membuat tempahan!
Ini adalah contoh bagaimana membuat tempahan dan pembelian tiket penerbangan melalui flymas.mobi :

- Flymas Main Menu
Ini adalah contoh portal Flymas.mobi. Untuk membuat tempahan, anda cuma perlu klik pada ‘Tempah Penerbangan’ atau klik pada ‘Tempahan Saya’ untuk menyemak semula tempahan yanganda telah buat. Anda tidak perlu mendaftar untuk membuat tempahan.

- cari tawaran
Pilih sahaja destinasi tujuan anda dan kemudian tekan butang ‘Cari Tawaran’

- Pembelian tiket penerbangan
Selepas pencarian dibuat, butir-butir penerbangan akan dipaparkan untuk anda membuat pilihan. Anda boleh membuat pembelian dengan menekan butang ‘Beli’ atau tekan butang ‘Simpan’ untuk menyimpan data tersebut untuk pembelian di masa akan datang.

Anda hanya perlu mengisi butir-butir seperti diatas untuk membuat pembelian. Setelah selesai, pihak Malaysia Airlines akan menghubungi anda untuk pengesahan. Senang kan?
Dengan servis portal mudah alih ini sekurang-kurangnya dapat membantu anda untuk mengurangkan beban kesibukan harian. Ia juga memudahkan kerja harian anda! Dengan layout Wap yang ringan, ia akan mengurangkan kos melayari laman Wap yang selalunya dicaj oleh operator mudah alih mengikut saiz fail dimuat turun. Sesungguhnya, Flymas.mobi ringan dan mudah.









