Seperti yang kita ketahui, SEO atau Search Engine Optimization adalah cara terbaik untuk mendapat trafik, search engine rankings dan mengetahui bertapa mudahnya pengguna internet menjumpai website anda di search engine. Tak kira lah Google ke, Yahoo ke, Ask ke, kalau nak traffic tinggi, atau page rank tinggi SEO adalah sangat penting. Tapi, sesetengah artikel memberikan fakta yang salah mengenai SEO. Bukan aku nak tipu ye, ini berdasarkan fakta dari sumber yang sangat-sangat boleh dipercayai.
SEO bukanlah sesuatu yang mudah dan ia mengambil masa untuk mendapai SEO yang baik. Oleh sebab itu, ubah suaian terhadap website perlu dilakukan. Ini adalah beberapa mitos atau fakta salah mengenai SEO.
1. Meta – Tag
Meta-tag pada mulanya dicipta untuk membantu webmasters atau tuan punya website menyelaras dan memudahkan search engine seperti google menjumpai website mereka di internet.
Masalahnye adalah, walaupun Meta-tag sangat penting pada 5 tahun yang lalu, namun sekarang meta-tag is pretty much useless. Kenapa? Search engine dah bijak. Google tak akan indexkan website mengikut meta-tag sebaliknya semua bergantung kepada content ataupun isi yang terdapat dalam sesebuah website. Artikel atau aplikasi yang lebih penting akan diutamakan. Tidak mengikut meta-tag. Walaupun sesetengah website tanpa meta-tag, tetapi masih diletakkan page rank lebih tinggi oleh google ataupun yahoo. Tapi aku tak kata la meta-tag tu tak penting, cuma tak 100% penting. Adehh ape la aku merepek ni.
2. Submit website kepada search engine untuk di-index.
Ramai orang beranggapan kita perlu kerap submit website kita kepada search engine. Unfortunately, it is freakin’ bullshit and its not true! You don’t need to submit your website every week, in fact, by doing that website korang might be banned by the search engine.
Korang perlu submit url korang ke search engine paling banyak pun sebulan sekali. Tu dah cukup. Kalau website dah tersenarai di engine carian google ataupun yahoo, tak payah submit dah dan tak perlu risau. Cari jalan lain untuk buat SEO.
3. SEO tak sepenting taktik untuk dapatkan trafik yang lain.
Walau ape sekali pun, SEO adalah paling penting. Korang takkan dapat traffic percuma dengan mudah jika tak buat SEO dengan betul. SEO sebenarnya tak susah, dan tak senang. Kalau buat dengan betul, senang sangat nak dapat duit dari google atau nuffnang.
4. SEO adalah sangat mudah dan tak perlukan pengetahuan yang mendalam.
This is simply isn’t true! Aku tahu ramai terbaca iklan e-book berkenaan SEO dan semua penulis e-book kata SEO tak perlukan sebarang pengetahuan dan anda boleh buat dengan senang. Tu sebenarnya setakat ayat-ayat manis untuk menarik minat anda untuk membeli buku. Tak lebih dari tu.
Actually, it takes strong knowledge and skill to get most out of your website. Kalau tak tahu langsung, jangan buat sendiri dan tanya nasihat orang yang lebih pakar. Kalau tak, rugi beli hosting, domain dan lain-lain.
5. Keyword adalah segalanya!
SALAH! Bahkan, keyword tu akan jadi batu penghalang! Bukan batu loncatan! So, jangan terlebih guna keyword atau keyword yang tak berkaitan. Sebabnya, Search engine akan index website anda mengikut relevan sesuatu carian atau informasi yang diberikan adalah relevan tak ada kaitan dengan keyword anda! Keyword density is important, but it is not everything…
6. SEO adalah salah satu cara untuk trick / penipu search engine
Ramai yang gunakan SEO yang salah dan menipu search engine dengan memberikan informasi yang palsu dan buat seakan-akan informasi di dalam website tersebut relevan dengan niche yang diberikan kepada search engine. Walau bagaimanapun, cara ini akan menyebabkan website anda di-ban dan bukan diberi ranking yang lebih tinggi.
SEO memerlukan dedikasi dan cara yang betul. Kalau korang sanggup ruangkan masa, buat apa yang sepatutnya, memang anda layak untuk mendapat page rank yang tinggi oleh google.
Sebenarnya, aku bukanlah power blogger atau webmaster tetapi sekadar memberitahu apa yang sepatutnya. Macam aku cakapkan dalam entry sebelum ni, jangan tamak atau terlalu gopoh untuk jadi kaya. Buat SEO dengan cara yang betul, tak rugi apa-apa pun.
Related posts:



June 26th, 2010
Thomas Anderson
Posted in
Tags:
This article gives the light in which we can observe the reality. this is quite great 1 and gives indepth data. thanks for this nice write-up
Berkenaan meta tag tu aku amat-amat bersetuju sekali.
hyprobulksms recently posted..Panduan program affiliate
Tak pandai sangat pun pasal SEO ni, banyak lagi yangperlu dipelajari. Thanks for the good info.
menarik. baru nak belajar pasal SEO nih. thanks