Hidup Aku dan Backstreet Boys


Sebut je Backstreet Boys atau BSB semua orang tahu, sebuah Boy Band dari U.S yang terdiri daripada 5 jejaka tampan iaitu Nick, Kevin, Brian, Howie D, dan AJ. Aku adalah salah seorang daripada berbillion peminat Bacstreet Boys. Zaman 90-an dulu menyaksikan Backsteet Boys memegang takhta Paling Popular di dunia setaraf Raja Pop dunia Micheal Jackson, dan Ratu Pop dunia Britney Spears.

Aku mula meminati BSB sejak di bangku sekolah rendah lagi dengan kemunculan album pertama mereka – Everybody (Backstreet Back). Masa tu tak ada VCD lagi so mase tu aku addicted dengan video tape deorang. Then, bila aku masuk darjah 6 (1999), muncul satu lagi album iaitu Millenium. Ha! Mase ni la nama Backstreet Boys naim macam kilat! Mase tu lagu yang top ialah lagu Larger Than Life, I want it That Way, dan Show Me The Meaning Of Being Lonely (salah satu lagu kegemaran aku time sunyi). Masuk zaman sekolah menengah, jiwa aku pun dah meningkat remaja kan.. so memang rasa minat giler la dengan boy band nie.. sanggup beli album original. Kalau cetak rompak rasa cam tak best plak. Bukannye ape, bila beli album ori, dapat free gift macam-macam. poster lah e.t.c. Kat bilik aku pun aku tampal poster BSB besau2 sampai kadang-kadang mimpi deorang datang rumah.

millenium

Tahun 200, BSB sekali lagi release album yang mantap iaitu Black | Blue. Antara lagu yang popular ialah Shape of My Heart, The Call, More Than That dan yang paling aku minat sampai sekarang iaitu Drawning. Album ni banyak membawa kenangan zaman remaja aku. Mase study malam2 sebelum tido mesti kena pasang. Bangun pagi sementara bersiap nak pergi sekolah pun pasang. Giler kentang lahh. Pada tahun 2002, BSB dijangkakan akan menggegarkan Malaysia dengan konsert terbesar di Malaysia pada ketika itu. Namun, mereka membatalkan konsert tersebut kerana takut dengan ancaman pengganas. Aku ingat lagi bila bukak NTV 7 je pagi2 mesti pasang lagu BSB je sebab Blue Hyppo yang taja konsert tu. The Best album keluar tahun 2003 – The Greatest Hits Chapter 1. (tak tau plak bila dia nak release Chapter 2) Memang tk nyesal la beli album tu, lagu semua top! Eh.. aku silap.. lagu Drawning tu album ni la bukannye Black | Blue. Sori erk?

backstreetboys-greatesthitsa

Bila habis sekolah, satu lg album direleasekan iaitu Never Gone. Tapi album ni tak dapat sambutan ramai sangat sebab deorang ni bercuti terlalu lama. Ye la kan, 5 tahun tu.. bukan masa  yang pendek. Lagu yang paling dapat sambutan ialah Incomplete. Boleh dikatekan best jugak la, tapi bagi pendapat aku album lepas lagi power la. Berikutnya album Unbreakable memuatkan antara lagu popular Inconsolable yang boley blah pon lagu Helpless When You Smile. Tapi aku rasa dalam banyak-banyak album, yang ni paling hampeh la. Tak best macam takde aura dah. Aku prefer dengar lagu dulu2 daripada lagu album ni. Mase ni aku tengah praktikal kat Continental Sime Tyre.

Last Year (2009) mereka akhirnya muncul dengan album yang lebih hebat iaitu This Is Us. Aku tak boleh komen tentang album ni sebab aku takde album. Memang takde bajet la nak beli lagipon internet ade bleh donload je kan? But, lagu Straight To My Heart memang aku minat giler! Yang sedihnye, Kevin (Idol aku tue) dah takde. Khabarnya dia blah dari BSB sebab nak bersama familynye. Tapi BSB masih sediakan tempat untuk dia sekiranya dia kembali. Tapi khabar angin jugak aku dengar album baru ni takde lagu baru selain Straight To My Heart. Lagu dalam album tu cuma lagu2 lama je.

Kesimpulannye, sepanjang aku hidup ni, aku tak pernah pisah dengan lagu2 BSB. Dari lagu Everybody sampai lagu Straight to My Heart masih dihati aku. Banyak kenangan aku dalam lagu BSB nih. Kalau nak cerita memang 10 page blog aku ni pon tak cukup. Heheh…

this-is-us-bio
You Might Also Like :

Share

Related posts:

  1. Photoshoot at Taman Seribu Bunga
  2. Dari Hati Seorang Perokok
  3. Tak Boleh???
  4. Bowling Oh! Bowling
  5. Impian | Goals
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Hidup Aku dan Backstreet Boys”

  1. bLurr says:

    minat gak ah lagu diorang neh but not really die hard fan.
    dgr balik lagu2 lama diorang, teringat crita2 lama. :P

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress

Slider by webdesign