Sebab kenapa UPSR dan PMR perlu DIMANSUHKAN!


Aku tahu, ramai yang tek bersetuju UPSR dan PMR dimansuhkan. Malam ni aku bukak je browser, semua bagi kritikan mengenai hal ini. Darii facebook, blog, twitter dan laman social lain, semua membantah keras usul kerajaan untuk memansuhkan UPSR dan PMR. Setiap individu mempunyai point-of-view masing-masing dan ada sesetengah pihak hanya memberi pandangan dari segi logik dan tanpa fakta yang munasabah.

Kepada yang membantah usul ini, aku nak tanya satu soalan je – Kenapa perlu ada UPSR dan PMR?  Aku tahu, ramai bagi komen macam ni :

“Habis tu, budak-budak tak belajar lah?”

“Macam mana pulak nak tentukan kepasukan ke MRSM, Asrama Penuh dan Sekolah Teknik?”

“Pelajar tak ada tujuan untuk belajar”

Dan banyak lagi yang tak masuk akal. Setiap benda atau keputusan yang dibuat ada pro dan kontra. Tujuan 2 pperiksaan ini diwujudkan adalah untuk mengetahui sejauh mana pembelajaran pelajar dan untuk mengkelaskan pelajar mengikut sekolah dan kos yang tertentu.

Tujuan sebenar kita belajar dari tadika hingga ke universiti adalah satu – untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik dan sesuatu pekerjaan yang diminati. Jangan persoalkan keputusan UPSR dan PMR pelajar selagi kita masih tak nampak apa yang akan dia lakukan suatu hari kelak.

Sejak sekolah rendah dulu, aku bukan seorang yang pandai. Mak bapak aku tak pernah paksa aku untuk study atau buat kerja sekolah. Yang penting aku belajar mengikut minat. Sebenarnya, apa tujuan kita masuk ke sekolah? Belajar bukan sekadar untuk lulus dalam peperiksaan dan berbangga dengan keputusan yang diperoleh, tetapi it is all about how you learn to live your life. Belajar untuk hidup, belajar untuk masa depan. Keputusan UPSR aku tak ae A dan dipenuhi dengan C dan D. Tapi, kenapa aku masih layak ke university? Fakta : aku ade seorang kawan yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR dan 9A dalam PMR, tetapi kenapa dia tak mampu menamatkan diploma?

Aku bukannya nak riak tapi aku hanya lontarkan apa yang aku lalui sebelum ni dan apa yang aku telah belajar. Sebelum aku memasuki dunia Universiti ni, aku pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Huan Kampung Alor Star Kedah. Selepas tu, aku apply untuk projek NCER untuk pembagunan penduduk luar bandar, dan berjawatan sebagai IT facilitator. Tugasnya untuk facilitate guru, pelajar dan komuniti setempat mengenai IT. Aku dikenakan kursusuntuk tujuan tersebut. Dalam kursus tu, aku belajar mengenai psikologi kanak-kanak.

Kanak-kanak berusia dalam lingkungan bawah 12 tahun sepatutnya tidak dibebankan dengan peperiksaan yang besar, contohnya UPSR. Kanak-kanak dalam usia tersebut belajar melalui apa yang dilihat, apa yang didengar dan apa yang disentuh. Mereka belajar melalui minat. Sesungguhnya, UPSR telah membantutkan minat kanak-kanak untuk mempelajari apa yang diminati. Mereka dipaksa untuk tumpukan perhatian pada satu matlamat : lulus dengan cemerlang dalam UPSR. Semua ini terkandung dalam Psychology of Childhood Development. Korang mesti lalui peperiksaan ni sebelum ni, dan mesti terdengar perkataan “MERDEKA” selepas peperiksaan ni kan? Nampak sangat belajar untuk lulus dengan cemerlang dan bukan belajar untuk hidup.

Korang yang tahu membangkang usul ni, tahu ke di negara lain tak ada peperiksaan yang membunuh minat dan hobi kanak-kanak ni? Korang tak tahu ke yang UPSR selama ni membebankan kanak – kanak dengan pembelajaran yang berterusan? Tusyen? Balik Sekolah lambat? Seminar? Kenapa kanak-kanak berusia 12 tahun diberi tekanan yang sedemikian? Bila masuk sekolah menengah, tambah-tambah yang dapat result yang cemerlang dalam UPSR mesti tinggal di sekolah berasrama. Padahal semua orang tahu di asrama memang banyak influence tak baik, belajar merokok, lari keluar dari kawasan asrama di waktu tengah malam, vandelism dan macam-macam lagi. Sebab tu UPSR dah tak perlu diguna pakai.

PMR pulak tak banyak objektif, sekadar nak tentukan kos yang sesuai untuk pelajar untuk menduduki peperiksaan SPM. Jangan anggap kerajaan nak mansuhkan 2 peperiksaan ni semata-mata. Sebaliknya, pembelajaran diteruskan seperti biasa dan sekolah akan uruskan untuk peperiksaan sekolah masing-masing. Setuap usul yang dibuat dikaji dengan teliti, bukan membuta tuli. Benda ni sebenarnya dah lama disuarakan oleh pakar-pakar psikologi tempatan tapi selama ni dibuat endah tak endah.

Aku bukannya pakar dalam bab-bab ni tapi aku cuma nak suarakan pendapat aku, sebab ramai sangat tak sokong usul ni dan letakkan isu ni di tempat yang salah. Ape yang aku tulis ni tak semestinya betul dan korang boleh buat andaian sendiri. Berfikir sebelum menghukum lebih baik daripada meluahkan pendapat yang tiada isi.

You Might Also Like :

Share

Related posts:

  1. Sebab – Sebab Judi Perlu Dihalalkan di Malaysia
  2. Flashback To Childhood Memories…
  3. Hidup Aku dan Backstreet Boys
  4. Tak Boleh???
  5. Selamat Datang
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Sebab kenapa UPSR dan PMR perlu DIMANSUHKAN!”

  1. carol says:

    To babi: jangan la marah. Kita kena fikir apa impaknya kerajaan mencadangkan usulan tersebut. saya percaya kerajaan ada ahli fikir bijak pandainya yg menghalusi setiap baik dan buruknya kesan sesuatu keputusan. saya percaya upsr dan pmr bukanlah kayu pengukur kejayaan. Tetapi cara bagaimana ‘survive’ lepas SPM. jangan matikan minat pelajar. sudah diketahui UPSR dan PMR tidak akan dimansuhkan harap saudara ‘babi’ tidak bersedih lagi. tetapi pendidikan telah pun diperbaharui dgn skop KSSR demi kebaikan anak2 masa depan. Mudah-mudahan. Amin.

  2. carol says:

    aku pun sokong kata si penulis yg x bernama. Mmg logik juga. Setelah ku baca akhirnya aku pun setuju. Selama ini aku mmg dah setuju dari mula 80% sekarang dah bertambah 100%. Ada logiknya juga. Kerajaan kita sebelum membuat sesuatu perkara memang dah fikir dah baik buruknya untuk rakyatnya. Cuma sebagai rakyat kita tak mampu melihat apa kerajaan dah lihat.Apapun tindakan kerajaan hanya untuk kebaikan kita juga.

  3. mistress hermanas says:

    sya xberapa setuju.pendapt sya upsr dan pmr bukan shaja mampu menolong

  4. panglima says:

    upsr dan pmr dimasnuhkan ..saya sokong 100 peratus..kita perlu berilmu , beriman dan beramal..

  5. babi : mat rempit atau tak, bukan bergantung kepada keputusan UPSR atau PMR. Tak menduduki UPSR atau PMR tak semestinya tak boleh berjaya.

  6. babi says:

    kenapa perlu dimansuhkan adoi bangang betul la orang nak pandai dia dah lepas upsr cukup la budak budak yang belum ni apa nak buat biar diaorang jadi mat rempit

  7. Ameer says:

    Apabila beribu-ribu syarikat-syarikat penerbitan buku dan pusat-pusat tuisyen mengeluh, itu adalah petanda bahawa sistem pendidikan Malaysia tidaklah terlalu sempurna. Mengapa ? Kerana jika betul-betul sempurna, pelajar-pelajar sekolah tidak perlulah kepada bahan-bahan rujukan luaran dan tuisyen tambahan. Hakikatnya golongan komersial ini telah mengaut keuntungan sejak sekian lama.

    Perkara utama yang mesti kita fikirkan ialah masa depan anak-anak kita (generasi akan datang). Saya cuma risaukan anak-anak lelaki, macamana mereka nak ‘survive’ dlm sistem pendidikan malaysia yang berorientasikan peperiksaan. Budak-budak lelaki ni bukan malas belajar, cuma mereka ni jenis banyak berfikir.

    “Betul ke apa yg cikgu aku ni ajar ? Aku tak penah dengar pon apa yg cikgu ajar tu, Aku kelirulah.”. Itulah antara luahan hati budak-budak lelaki. Mereka tidak suka sumbat 100% dalam otak sehinggalah mereka betul-betul faham. Selain itu, budak-budak lelaki ni tidak suka mengadap buku berjam-jam kerana mereka juga perlukan masa untuk riadah dan bersukan. Saya rasa mungkin adalah bagus sekiranya sistem penilaian baru dibentuk supaya pelajar lelaki masih boleh dinilai (walaupun tanpa perlu membaca dan menghafal).

    Antara sistem penilaian baru yang boleh dicadangkan ialah dari aspek kepimpinan, kerohanian, sahsiah, moraliti, komitmen dalam gerak kerja berkumpulan, ‘public speaking’, ‘creative thinking’, keupayaan dalam merekacipta sesuatu yang baru (inovasi), ‘internal self defensive’ (ketahanan diri supaya tidak mudah terjebak dengan gejala sosial) serta ‘decision making’ (kemahiran penyelesaian masalah/membuat keputusan secara tepat).

    Lagi satu, pelajar universiti boleh mendapat ijazah seawal 20 tahun dan boleh memperolehi Phd sebelum berumur 25 tahun. Dengan ini peluang kerja akan semakin bertambah kerana kebanyakan syarikat-syarikat besar hanya inginkan graduan yang berumur di bawah 23 tahun supaya boleh diletakkan dalam skim apprentis (tempoh percubaan). Bayangkan kalau umur dah mencecah 26 – 28 tahun, bagaimana sistem apprentis boleh diwujudkan kerana tempoh percubaan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 – 2 tahun sebelum boleh diserap ke jawatan tetap.

  8. emm..kurang berapa setuju. melainkan diorang ada sistem baru yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu selama 1-3 tahun yang mampu mempunyai standard yang lebih baik daripada upsr dan pmr..barulah ok rasanya 2 peperiksaan besar itu dimansuhkan walaupun pada peringkat kebangsaan.
    asian traveler recently posted..CW-039s Food -38 Travel- Shanghai World Expo 2010-The German Pavilion

  9. Zarlia says:

    erm….
    btul jga pndangan saudara…
    cuma….
    setiap orang ad pendpat msing2…
    knak2 prlu dilatih dri kcik….
    mreka prlu thu ap yg ptut ap yg x…
    jka dmnsuhkn upsr…
    lbih baik x pyah wat sek rndah…
    smbung trus g sek mnengah…

  10. hani says:

    Salam Saudara,
    Ermm…ada benarnyer juga tulisan saudara…pada pandangan saya yang membangkang usul ini bukanlah lebih kepada tidak setuju atau meneliti usul ini tetapi saya ianya lebih kepada masalah politik(fahaman politik, contoh mungkin tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan, maka segala usul walaupun bernas, ianya diwujudkan kontrovesi…
    …selama ini saya beranggapan untuk mendidik pelajar untuk menjadi berdisiplin kpd diri dan keluarga kena duduk asrama, kerana rata2 yang saya lihat mereka lebih berdikari dan tahap keyakinan yang tinggi kerana jauh dari keluarga…
    setiap perkara dalam kehidupan kita ada pro dan kontra serta bergantung kepada individu itu sendiri….

  11. Emora says:

    Ada betul jugak pendapat kau.Aku setuju sepenuhnya.Dah berubah dah pendapat aku lepas baca entri kau. ^_^
    Sebab akulah salah satu darinya.huhu

  12. Amir izzat says:

    sejak dibangku sekolah lagi…minat dan cita-cita berubah sebab peperiksaan sebegini.. betul jugak kata-kata anda..hurm…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress

Slider by webdesign