Tak Boleh???


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ehem.. gugup rasanya nak tulis first post untuk blog ni walaupun tak ada sesiapa pun yang baca lagi blog ni. Ok lah, topik hangat pertama aku nak mulakan ialah sitem transfer kredit oleh pihak UTeM.

Aku percaya pelajar daripada matrikulasi yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di sini tak ada masalah. Malasahnya sekarang ialah pelajar politeknik. Aku juga bekas pelajar politeknik dan melanjutkan pelajaran di UTeM. Aku berasa pelik dan hairan (memang tersangat hairan lah) kenapa aku terbuang di tahun 1? Ok.. aku tahu ramai yang akan bagi jawapan macam ni :

“Alah, setakat lepasan politeknik, mana layak nak masuk tahun 2, lagipun pointer tak sampai 3.0″

Nampak memang macam relevan untuk berkata demikian, tetapi sekurang – kurangnya tak kan lah satu subjek pun tak boleh transfer? Banyak subjek yang bekas pelajar politeknik dah pun belajar di poli dulu tetapi terpaksa mengulang benda yang sama. Yuran confirm la bertambah kalau paper bertambah kan?

Ni aku listkan beberapa paper yang tak logik untuk pelajar lepasan politeknik terpaksa ambil semasa tahun 1 :

  • Introduction to manufacturing Engineering (Kat poli dulu belajar lagi advance dari ni)
  • Alali Bengkel (Dah pelajar lepasan politeknik, confirm la dah power benda ni, tiap – tiap minggu mengadap benda yng sama selama tiga tahun, tapi di UTeM kena melawat bengkel macam tak pernah kenal mesin2.
  • Engineering Economy
  • Introduction to Electric & Electronic
  • Falsafah Sains dan Teknologi
  • banyak lagi lah.. nanti aku ingat aku listkan…

Tak ada sesiapa yang mampu berikan jawapan yang bernas kenapa perlu pelajar diploma politeknik terpaksa mengambil semua paper yang dah ambil di poli dulu.

Kalau nak dibandingkan dengan Universiti lain, majority pelajar lepasan politeknik yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah terus masuk tahun ke-2 tak kira lah berapa pun pointer di poli dulu. Contohnya kawan aku sekelas di poli dulu, Pointer 2.75 tapi masuk Unimap tahun ke-2 jugak.

Tak kira lah ape pun, yang dah jadi tetap jadi.. yang terkena masuk tahun 1 nasib lah. Hidup perlu diteruskan. Aku harap takde lah budak Poli yang pointer kurang dari 2 berniat nak smbung di sini pasnih.

You Might Also Like :

Share

Related posts:

  1. Selamat Datang
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress

Slider by webdesign