Tutorial – Segalanya Tentang Gmail (Bahagian 1)


Pada tahun 2004, terdapat 3 servis email yang mendominasi dunia internet iaitu Hotmail, AOL dan Yahoo!. Selepas percubaan yang berjaya, Google membuat keputusan untuk berada setapak ke hadapan untuk melancarkan Gmail (atau nama saintifiknya Google Mail in German) pada 1 April. Gmail dikatakan sangat skeptikal pada ketika itu kerana ia menawarkan kapasiti 1Gb untuk penyimpanan email sedangkan syarikat email lain hanya menawarkan 100Mb kapasiti.

Namun, hanya terhad kepada 1000 opinion leaders dijemput untuk menggunakan servis versi BETA tersebut dan mereka dibenarkan untuk menjemput rakan dan keluarga mereka sahaja untuk menggunakan servis berkenaan. Selepas itu, pengguna Blogger.com pula dijemput untuk menggunakan servis Gmail Beta dan ini menyebabkan servis itu digilai ramai bukan sahaja dari penulis blog tetapi pengguna internet yang lain sehinggakan ia dianggap sangat berharga dan pernah dijual di dalam E-bay berharga $150 USD. Kemudian, google membenarkan penggunanya menjemput 50 kenalan untuk menggunakan servis tersebut sehingga pengguna internet mudah untuk menggunakannya seperti sekarang.

image

Pada tahun 2005, kapasiti penyimpanan telah ditambah kepada 2Gb (kalau masa tu, 2Gb ni terlalu besar sangat dah) dan Gmail diterbitkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu. Gmail telah berkembang dan akhirnya pada tahun 2009, google telah membuang status ‘BETA’ pada nama Gmail dan sekarang Gmail adalah servis Email nombor satu di dunia.

KENAPA MEMILIH GMAIL?

Gmail adalah inovasi dari engine carian nombor 1 di dunia iaitu Google dan semestinya mempunyai kelebihan yang tersendiri iaitu :

  • Gmail akan meningkatkan kapasiti penyimpanan dari masa ke semasa dan tidak terbatas seperti Yahoo!, AOL dan Hotmail.
  • Mereka mencipta satu interface (antaramuka) yang berbeza daripada servis email yang lain seperti meletakkan bintang dan label pada email.
  • Gmail akan digunakan sebagai satu akaun yang boleh mengakses seluruh aplikasi di google termasuk You Tube .
  • Google Labs memberikan lebih banyak kelebihan dari servis yang lain.
  • Aplikasi lain seperti Google Docs, Chat dan Calendar berfungsi dengan baik.
  • Ia adalah satu sistem email yang hebat, percuma dan penuh kemudahan.
  • Gmail juga boleh diguna menggunakan domain name anda sendiri contohnya nama@cronixsoul.com.
  • Sesuai untuk semua jenis telefon bimbit.

 

GMAIL SEBAGAI GOOGLE ACCOUNT

Jika anda telah berdaftar dengan Gmail, bolehkah anda menggunakan aplikasi lain selain email? Jawapannya ya!

Seperti yang kita telah bincangkan tadi,Gmail juga secara tidak langsung adalah akaun Google. Anda boleh mengakses servis lain daripada Google seperti :

  • Google Analytics – mengesan bilangan pelawat dan analitik perkembangan blog dan website anda.
  • Blogger – Yang korang tulis blog tu.
  • Google Calendar – Kalendar yang telah dilampirkan di dalam Gmail.
  • Google Docs – Website untuk menulis dokumen berformatkan Microsoft Office.
  • You Tube – Menonton video secara online.
  • Google Site – Mencipta laman web anda.
  • Google Dashboard – Portal bagi semua servis google dan boleh diakses dari satu interface.
  • Dan banyak lagi…

image

Antaramuka (Interface) Gmail

Walaupun sebahagian besar fungsi email Gmail adalah serupa dengan yang anda mungkin telah digunakandalam perkhidmatan e-mel lain, biasanya anda memerlukan sedikit masa untuk mempelajari antara muka yang berbeza. Di bawah ini adalah panduan mudah untuk menggunakan antaramuka web Gmail:

image

Inbox

Di sini anda akan mendapati email yang anda telah terima dan juga di mana anda akan menemui balasan email anda telah menulis kepada mereka. Gmail tumpukan mesej yang dihantar akan dibalas oleh lebih daripada seorang pada satu email yang sama. (faham ke nih) Kalau tak faham tengok bawah ni :

image

Menulis E-Mail (COMPOSE)

Ini adalah apa yang akan anda klik untuk mula menulis email. Anda juga boleh menaip alamat e-mel lengkap atau mula menaip beberapa huruf pertama dan Gmail akan mencari melalui kenalan anda dan memberikan senarai  pilihan alamat email untuk anda memilih.

image

Draft

Di sini anda akan menjumpai email yang telah anda simpan atau email yang anda tidak sempat hantar. Mana nak tahu kan, tengah tulis email ada orang datang rumah, just tekan “save to Draft” dan anda boleh menyambung penghantaran email pada masa akan datang.

Sent Email

Email yang telah dihantar dan anda boleh mengenal pasti email yang dihantar oleh anda ataupun orang lain.

More

Butang ‘More’ membenarkan anda memilih sama ada mengklasifikasikan email yang ada sebagai Spam atau memindahkannya ke dalam Trash.

image

Bersambung…

 

You Might Also Like :

Share

Related posts:

  1. Rahsia Telefon Bimbit
  2. Potensi Diri Part 2
  3. Tutorial : Pindah Blog WordPress ke Hosting Baru
  4. Tutorial: Menggunakan Windows Live Writer Untuk Berblog Secara Offline
  5. Tutorial : Format / Install Windows Netbook Tanpa Menggunakan DVD Drive
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Tutorial – Segalanya Tentang Gmail (Bahagian 1)”

  1. Girth says:

    hey, as a blog owner, what do you use for SEO? thanks!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress

Slider by webdesign